Kasri, Allawati (2014) Penglibatan kelas menengah Melayu di Malaysia dalam bidang ekonomi dan peminggiran ekstremisme : kajian tinjauan di Lembah Klang / Allawati Kasri. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kasri, Allawati (2014) Penglibatan kelas menengah Melayu di Malaysia dalam bidang ekonomi dan peminggiran ekstremisme : kajian tinjauan di Lembah Klang / Allawati Kasri. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kasri, Allawati (2014) Penglibatan kelas menengah Melayu di Malaysia dalam bidang ekonomi dan peminggiran ekstremisme : kajian tinjauan di Lembah Klang / Allawati Kasri. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kemunculan kelas menengah dianggap memberi kesan yang penting kepada sesebuah negara. Mereka berperanan dalam menyamaratakan keadaan ekonomi masyarakat serta memajukan dan mengekalkan keamanan negara. Justeru, kajian ini dikemukakan bagi menguji kebenaran pernyataan tersebut berdasarkan konteks masyarakat dan negara Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah kemunculan kelas menengah Melayu di Malaysia dan perkembangannya serta mengenalpasti penglibatan golongan tersebut dalam bidang ekonomi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis kecenderungan kelas menengah Melayu terhadap ekstremisme. Keseluruhan kajian ini menggabungkan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif melibatkan kajian analisis dokumen, manakala kaedah kuantitatif pula melibatkan kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 250 orang responden daripada kalangan kelas menengah Melayu di Lembah Klang. Sampel kajiandipilih melalui kaedah persampelan bola salji. Data yang diperoleh daripada instrumen soal selidik dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kelahiran golongan pentadbir Melayu di zaman penjajahan British merupakan petanda awal kepada kemunculan kelas menengah Melayu di Malaysia. Golongan ini terus mengalami peningkatan sejak dari zaman kemerdekaan dan semakin rancak berkembang setelah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada tahun 1971. Melalui pelaksanaan DEB, aktiviti kelas menengah Melayu dalam sektor ekonomi moden seperti sektor pekerjaan terpilih, perindustrian, keusahawanan dan perkhidmatan juga berjaya diperkukuhkan. Kekuatan ekonomi yang dimiliki oleh kelas menengah Melayu kemudiannya telah mempengaruhi kecenderungan mereka terhadap ekstremisme. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kelas menengah Melayu terutamanya di Lembah Klang mampu untuk meminggirkan ekstremisme sama ada ekstremisme berbentuk politik, agama mahupun perkauman. Secara keseluruhannya, peranan kelas menengah Melayu memberi implikasi khususnya dalam menggerakkan ekonominegara dan menjadi golongan terpenting yang menentukan tahap kestabilan Malaysia.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Learning and Research Repository, Call Number: HT690.M4 A43 2014 tesis |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu Ekonomi Melayu > Pemikiran Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 10:52 |
Kata Kunci: | Ekonomi Melayu, kelas menengah, Lembah Klang |