Ali, Hasnah and Abdul Razak, Norhafizah and Ahmad, Sanep (2010) Faktor mempengaruhi kejayaan usahawan peruncitan Melayu : satu kajian kes / Hasnah Ali, Norhafizah Abdul Razak dan Sanep Ahmad. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia, 15-17 Oktober 2010, Bangi, Selangor.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Usahawan Melayu sering dikatakan ketinggalan dari segi pencapaian ekonomi. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan Melayu dan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan mereka. Kajian ini hanya tertunpu kepada peniaga kedai runcit dan pasar mini yang berbangsa Melayu di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Antara masalah yang di kaji adalah masalah peniaga yang berhubung dengan kenaikan harga barang runcit, masalah kewangan, pembekal, pesaing, pembeli dan juga masalah dari segi lokasi perniagaan. Soalselidik yang dijalankan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan model logistic.Analisis deskriptif digunakan untuk mengenalpasti masalh utama para peniaga ataupun usahawan tersebut. Hasil kajian mendapati maslah utama yang membelenggu kebanyakan peniaga adalah berhubung masalah kewangan. Model logistic digunakan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan. Hasil kajian mendapati faktor kejayaan usahawan iaitu keyakinan kepada diri sendiri merupakan faktor yang signifikan dalam mempengaruhi kejayaan mereka., sementara faktor-faktor lain tidak mempunyai hubungan yang signifikan.
Metadata
Sumber Maklumat: | Pendeta Discovery University of Malaya, Call Number: HC445.5 PKEM |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 08:47 |
Kata Kunci: | Usahawan Melayu |