Abdul Aziz, Abdul Rahman (2004) Pembangunan etos budaya etnik Melayu mengharungi pemodenan / Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kertas ini membicarakan etos budaya etnik Melayu dan usaha yang dilakukan sejak sebelum merdeka hingga hari ini untuk merobahnya supaya bersesuaian dengan aspirasi pembangunan dan pemodenan. Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, membicarakan tentang latarbelakang pertumbuhan etos budaya pemodenan yang pertama kali dicetuskan oleh Abdullah Munsyi. Kemudian, wacana ini diteruskan oleh intelektual seperti Syed Sheikh AlHadi, Za’ba, dan Abdul Rahim Kajai. Kesemua intelektual Melayu tersebut menyimpulkan bahawa etnik Melayu perlu melakukan perubahan, jika tidak mereka akan tertinggal dari arus kemajuan yang sedang dan akan dikecapi oleh etnik-etnik lain. Bahagian kedua, membentangkan saranan-saranan yang dianjurkan oleh Za’ba seorang tokoh pemimpin dan intelektual Melayu yang menulis rencana dalam suratkhabar menyeru orang Melayu supaya mengubah nilai, sikap dan cara mereka menjalani kehidupan. Bahagian ketiga, membicarakan tentang analisis dan anjuran pemimpin dan intelektual Melayu supaya orang Melayu menyesuaikan budaya kehidupan mereka dengan arus pembangunan dan pemodenan. Terdapat dua buah buku yang berpengaruh dilahirkan pada zaman ini, iaitu Revolusi Mental dan The Malay Dilemma. Kertas ini menyimpulkan bahawa etos budaya Melayu bukan semuanya “tidak sesuai” dengan arus pembangunan dan pemodenan yang diperkenalkan. Malah kerana etos budaya Melayu yang demikian itulah Malaysia kini mengecapi keamanan dan ketenteraman, sehingga etnik-etnik lain dapat hidup berdampingan. Walaupun begitu, sebagai sebuah etnik teras orang Melayu perlu mengorak langkah untuk membangunkan kehidupan yang lebih kukuh dari segi pencapaian pendidikan, kecekapan pengurusan, penglibatan dalam perniagaan dan perdagangan dan sebagainya. Melalui cara itu orang Melayu akan lebih dihormati dan diperkukuhkan sebagai etnik definitif dan inti.
Metadata
Sumber Maklumat: | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Budaya |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 08:47 |
Kata Kunci: | Etnik Melayu, budaya, Melayu, etos budaya orang Melayu |