Ismail, Mohamad Zuber and Beden, Sara and Abu Hassan, Mohamad Mokhtar (2015) Keintelektualan pemikiran melayu dalam cerita lipur lara: penelitian awal berdasarkan perspektif pendekatan pengurusan / Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden, Mohamad Mokhtar Abu Hassan (Intellectual Malay Minds In Folklore: Initial Investigation From The Perspective Of Management Approach). Journal of Business and Social Development, 3 (2). pp. 1-16. ISSN 2289-2915

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini akan menekuni unsur pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda berdasarkan Pendekatan Pengurusan iaitu satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia. Kajian ini akan menggunakan Prinsip Kepimpinan iaitu salah satu prinsip yang diutarakan di bawah Pendekatan Pengurusan yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Objektif kajian adalah untuk menganalisis Prinsip Kepimpinan berdasarkan Dimensi Pendidikan. Cerita lipur lara yang terkenal sebagai medium penting dalam penyampaian idea dan gagasan dalam masyarakat Melayu tradisi ternyata memiliki tradisi keilmuan dan keintelektualan yang menjadi teras kepada pembentukan ketamadunan masyarakat pendukungnya. Paparan tradisi keilmuan ini jelas memperlihatkan kekreatifan minda dan keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu tradisi yang diekspresikan dalam sastera lisan sebagai khazanah warisan tradisi yang unggul dan agung. Ketinggian dan keagungan tamadun Melayu tidak terletak kepada kehebatan ‘bahan’ sebaliknya terletak kepada kehebatan dan ketinggian tradisi keilmuannya. Hal ini sangat signifikan dan relevan kerana kecemerlangan pendidikan merupakan mekanisme ampuh dalam usaha meningkatkan kualiti pembangunan modal insan dalam sesebuah organisasi iaitu keluarga, masyarakat dan negara. Keintelektualan pemikiran keilmuan yang dipaparkan dan dipancarkan dalam teks kajian amat signifikan dan relevan untuk memperjelaskan kebijaksanaan dan ketajaman imaginasi serta sensitiviti pengarang dalam melantunkan aspek pengurusan khususnya aspek kepimpinan dalam teks karya sastera tradisional.
Metadata
Sumber Maklumat: | Universiti Malaysia Terengganu |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bahasa > Melayu |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 02:40 |
Kata Kunci: | Pendekatan pengurusan, prinsip kepimpinan, dimensi pendidikan, cerita lipur lara |