Ismail, Farizah Hanim (2010) Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan remaja di sekolah menengah: suatu cabaran / Farizah Hanim Ismail. Jurnal Linguistik, 10. pp. 1-17. ISSN 1823-9242

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah kian mencabar kerana muridnya terdiri daripada golongan remaja yang dinamis dan progresif. Dengan perkembangan teknologi maya yang pantas, remaja semakin terdedah kepada pelbagai pengaruh positif, juga negatif. Untuk menangani hal ini, guru Bahasa Melayu harus mempersiapkan diri dengan pengetahuan, maklumat dan teknologi untuk berada seiring dengan pengetahuan muridnya serta menarik mereka agar seronok belajar Bahasa Melayu. Kertas ini menjelaskan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang hendak dicapai melalui kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah serta penerangan ringkas tentang pendekatan melaksanakan proses pengajaran dan pengajaran di dalam kelas. Banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh guru Bahasa Melayu, khususnya di sekolah menengah tetapi kertas ini hanya memberikan tumpuan kepada lima cabaran sahaja. Antara cabarannya ialah mentafsir Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, mengajar bahasa Melayu tinggi, melengkapkan murid dengan ilmu, cabaran loghat tempatan dan isu bahasa Melayu yang kurang bernilai komersil. Kertas ini juga mengemukakan beberapa strategi yang boleh diambil oleh guru untuk menangani cabaran ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | MyJurnal - Malaysia Citation Centre |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Pencapaian |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 01:38 |
Kata Kunci: | pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, cabaran, strategi |
Download
Filename: resized_Cover_2.png