Mat Resad @, Izziah Suryani@Arshad and Md Lateh @ Junid, Hanif and Mohd Kadiron, Hamizah (2015) Pengaruh Islam dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah / Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Hanif Md Lateh @ Junid, Hamizah Mohd Kadiron. Jurnal Melayu, 14 (1). pp. 32-47. ISSN 1675-7513

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah digubal menjelang pertengahan abad ke-20M, setelah sekian lama British menjajah Tanah Melayu. Undang-undang ini digubal agak lama selepas penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai teks Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah dan pengaruh Islam ke atas undang-undang tersebut. Kepentingan kajian adalah untuk meneliti sejauh manakah unsur Islam diterapkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah walaupun ia digubal semasa era penjajahan British di Tanah Melayu. Metode yang digunakan adalah analisis kandungan, melalui pendekatan komparatif. Kajian mendapati bahawa kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah menerima pengaruh Islam yang kuat walaupun bentuk persembahan dan susunan adalah menurut gaya British atau Barat.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Sistem Undang-Undang Melayu > Sistem Perundangan |
Bidang: | Sistem Undang-Undang Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 08:28 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Undang-tubuh Tubuh Kerajaan Kedah, sejarah Kedah, perundangan Islam di alam Melayu, sistem politik Islam, perlembagaan negeri |