Sulaiman, Mashitah (2013) ISLAM DAN TRANSFORMASI SOSIAL MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA: SUATU KAJIAN EKSPLORATORI / Mashitah Sulaiman. In: Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013, 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Islam merupakan entiti yang sangat penting dalam membentuk pandangan semesta dan budaya hidup masyarakat Melayu Malaysia. Islam telah berkembang dan bertapak kukuh dalam masyarakat Melayu di rantau ini selepas kedatangannya yang bermula seawal abad ketujuh Masihi lagi. Walaupun pernah dijajah di bawah beberapa kuasa Barat, namun Islam tetap menjadi pegangan dan identiti Melayu walaupun dengan fungsi yang amat terbatas. Kejayaan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, memberi lembaran baru dalam lipatan sejarah pembangunan negara sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat berdasarkan kepada acuan sendiri. Selepas tertubuhnya Persekutuan Malaysia, beberapa perancangan dan dasar ke arah transformasi mencapai sebuah negara yang moden dan maju telah dilaksanakan termasuklah perkara yang berkaitan dengan pembangunan Islam. Justeru itu, kertas kerja ini melatari perkembangan pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu pada peringkat awal. Turut dikupas impak aktiviti dakwah pada tahun 1970-an terhadap Islamisasi dalam dasar-dasar negara sosial yang berkaitan dengan masyarakat Melayu berlandaskan nilai-nilai Islam. Selain itu, perbincangan juga melihat reaksi yang ditunjukkan oleh pemimpin masyarakat Melayu melalui dasar-dasar pembangunan yang dilaksanakan sepanjang tempoh 1970 hingga tahun 2009. Perbincangan tertumpu kepada usahausaha yang dilakukan untuk memajukan Islam dalam pelbagai bentuk pembangunan semasa pemerintahan Tun Mahathir dan Tun Abdulllah. Analisis kandungan daripada dokumen rasmi, rekod dan teks ucapan pemimpin serta temubual digunakan sebagai metod bagi menilai pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu Malaysia. Tinjauan mendapati bahawa kepimpinan masyarakat Melayu mengambil sikap yang proaktif dan positif untuk mengwujudkan ruang yang lebih luas untuk Islam terus berkembang di Malaysia. Dengan peluang yang terbuka luas dan kebenaran untuk penyebaran elemen-elemen keislaman, Malaysia telah memperlihatkan kecenderungan perubahan ke arah sebuah negara Islam moden yang moderat dalam masa yang sama proses modenisasi dipacu di atas prinsip dan nilai-nilai Islam.
Metadata
Sumber Maklumat: | Organized by WorldConferences.net |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Kebudayaan Ketamadunan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 07:59 |
Kata Kunci: | perubahan sosial, modenisasi, identiti Islam |