Aziz, Noor Faizah and Md. Jahi, Jamaluddin and Arifin, Kadir and Ujang, Aziz (2008) Pengaruh Adat Resam, Kepercayaan dan Kebudayaan Terhadap Pembinaan Rumah Melayu Traditional / Noor Faizah Aziz, Jamaluddin Md. Jahi, Kadir Arifin & Aziz Ujang. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman) = International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman). ISSN 2289-4268
Aziz, Noor Faizah and Md. Jahi, Jamaluddin and Arifin, Kadir and Ujang, Aziz (2008) Pengaruh Adat Resam, Kepercayaan dan Kebudayaan Terhadap Pembinaan Rumah Melayu Traditional / Noor Faizah Aziz, Jamaluddin Md. Jahi, Kadir Arifin & Aziz Ujang. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman) = International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman). ISSN 2289-4268
Aziz, Noor Faizah and Md. Jahi, Jamaluddin and Arifin, Kadir and Ujang, Aziz (2008) Pengaruh Adat Resam, Kepercayaan dan Kebudayaan Terhadap Pembinaan Rumah Melayu Traditional / Noor Faizah Aziz, Jamaluddin Md. Jahi, Kadir Arifin & Aziz Ujang. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman) = International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman). ISSN 2289-4268
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Rumah Melayu amat diutamakan bukan sahaja sebagai tempat tinggal dan kegiatan kehidupan, malah menjadi lambang kesempurnaan hidup orang Melayu. Ciri-ciri rumah tradisional Melayu bukan sahaja pada bahagian-bahagian rumah tapi juga dalam upacara, bahan, nama dan kedudukan rumah itu. Rumah tradisional Melayu merupakan kediaman keluarga, tempat bermusyawarah, tempat beradat berketurunan dan tempat berlindung. Bentuk rumah tradisional Melayu ditentukan oleh bentuk atapnya. Kunci utama untuk mewujudkan rumah dengan ciri-ciri yang diingini adalah musyawarah dan bergotong-royong yang diterjemahkan dalam upacara-upacara, ukuran, bahagianbahagian dan hiasan rumah. Pelbagai upacara yang umum dilakukan sepanjang pembinaan, antaranya Beramu, Mematikan Tanah, dan Menaiki rumah. Tujuannya adalah untuk menjaga orang-orang yang terlibat dalam pembinaan rumah itu supaya memenuhi harapan, terhindar dari malapetaka dan tidak diganggu “penunggu hutan”. Peralatan yang digunakan dalam upacara ini mengandungi ciri-ciri yang mempunyai maksud dan nilai-nilai dalam kebudayaan Melayu. Tempat untuk mendirikan rumah, arah rumah itu menghadap, jenis kayu yang tidak baik untuk dijadikan bahan rumah juga digariskan menurut tradisi Melayu. Ukuran binaan juga dipercayai dapat menentukan baik buruknya sebuah rumah yang diukur menggunakan anggota tubuh si pemilik seperti tinggi dan hasta, serta ukuran berdasarkan banyaknya ‘kasau’ dan ‘gelegar’. Ukuran tinggi rumah ialah tinggi badan lelaki (suami), manakala pada ukuran besar rumah adalah ukuran tangan perempuan (isteri). Dalam rumah tradisional Melayu terdapat beberapa jenis tiang dengan nama dan fungsinya yang tertentu. Pada rumah tradisional Melayu, tangga depan, susunan anak tangga, cara mengikat tali tangga dikatakan mengandungi makna tertentu. Bendul disebut batas adat, kerana batas tetamu lelaki dibenarkan masuk apabila di rumah tersebut tidak ada lelaki. Demikianlah sekadar sepintas pandang tentang Pengaruh Adat Resam, Kepercayaan dan Kebudayaan terhadap Pembinaan Rumah tradisional Melayu. Malay house is given priority not only as home and daily activities but also as perfect sign of Malay life. The characters of Malay house can be seen not only at part of the house but in rituals, materials, name and position of the house. Malay traditional house is a family home, discussion place, family tradition place and shelter. The type of house is determined by its roof shape. The key to getting ideal house is by deliberation and co-operation which are translated into rituals, measurements, parts and designs of the house. Rituals that are commonly conducted along the construction of the house named as “Beramu”, “Mematikan Tanah” and “Menaiki rumah”. The purpose of the rituals is to protect the constructors and people from disaster and tutelary spirit. The tools for these rituals have certain meaning and values according to Malay culture. Site of the house, orientation and timber to be used for the construction are also determined according to Malay tradition. Measurement of the building is believed to determine the destiny of the house and commonly, the measurement is done by comparing with constructor height or by amount of rafter and beam. Commonly,to measure the height of a house, height of a man (husband) is used while for area of the house, woman’s (wife) hand length is used as measurement. In Malay traditional house, there are several types of pole with different name and function. In Malay traditional house, the front stairs, arrangement of stairs, the way the stairs are tied is said to have special meanings. Cross beam is also called as tradition border, the limit that a man can enter if there is no man inside the house. That is some Influence of Tradition, Belief and Culture in the Construction of Malay Traditional House.
Metadata
Sumber Maklumat: | Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (IMAN) / International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN) |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Resam & Tradisi Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 07:18 |
Kata Kunci: | rumah Melayu tradisional, upacara, adat resam, peralatan, ukuran |
Downloads
Filename: IMAN 2 JILID 2.pdf
Filename: IMAN_2(2) Mei 2014 - [09].pdf