Abdul Hamid, Faisal @ Ahmad Faisal and Abdul Latif, Faizuri (2014) Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok = (Historical Development of Jawi Script: Analysis to Theory of Kang Kyoung Seok) / Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid dan Faizuri bin Abdul Latif. Jurnal al-Tamaddun, 9 (2). pp. 1-15. ISSN 1823-7517

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tulisan Jawi telah melalui sejarah perkembangan yang subur dan menjadi tunggak kepada perkembangan minda orang Melayu-Islam sejak ratusan tahun yang lalu. Sejarahnya ditulis oleh ramai pengkaji tempatan dan juga antarabangsa. Antara nama besar yang banyak mengkaji dan menulis mengenai sejarah tulisan Jawi ialah Profesor Dr. Kang Kyoung Seok, seorang sarjana dari Korea. Kertas ini akan membincangkan teori perkembangan tulisan Jawi yang dikemukakan oleh Profesor Kang dan analisis beliau terhadap beberapa bahan bukti pembinaan teori tersebut seperti Batu Bersurat Terengganu (1303 M), Surat tahun 1602, Kitab Siratal Mustaqim, Daftar Ejaan Melayu (1938) dan Majalah Dian. Beliau berjaya mengemukakan teori perkembangan tulisan Jawi yang tersendiri walaupun dengan tahap perkembangan yang mungkin sedikit berbeza dengan beberapa pengkaji tempatan.
Metadata
Sumber Maklumat: | Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Tulisan |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 09:14 |
Kata Kunci: | Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Teori Prof. Kang, Sistem Tulisan Jawi, Tulisan, Tulisan Jawi |