Kaeh, Abdul Rahman (2000) Hikayat Khoja Maimun / Abdul Rahman Kaeh. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 9836252894
Kaeh, Abdul Rahman (2000) Hikayat Khoja Maimun / Abdul Rahman Kaeh. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 9836252894
Kaeh, Abdul Rahman (2000) Hikayat Khoja Maimun / Abdul Rahman Kaeh. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 9836252894
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Khoja Maimun hidup bahagia bersama-sama dengan isterinya, Bibi Zainab. Dia adalah saudagar yang sangat kaya di negeri Ajam. Khoja Maimun diberitahu oleh Bayan bahawa tiga hari lagi ada saudagar ingin membeli sanbal. Terbukti tiga hari kemudian datanglah saudagar mencari sanbal. Oleh sebab semua sanbal sudah dibeli oleh Khoja Maimun, maka saudagar itu membeli sanbal daripada Khoja Maimun. Hasil keuntungan perniagaan itu digunakan untuk membayar harga burung bayan. Khoja Maimun juga membeli burung tiung betina. Burung tersebut diletakkan di dalam satu sangkar bersama-sama burung bayan. Pada suatu hari, ketika Khoja Maimun belayar untuk berdagang, Bibi Zainab termenung di tingkap. Tiba-tiba dia terpandang akan seorang anak raja yang kacak sedang menunggang kuda. Mereka saling berpandangan dan berbalas senyuman. Anak raja itu memintas jasa baik perempuan tua untuk mendapatkan Bibi Zainab dengan apa cara sekali pun. Bibi Zainab pula tidak menolak sebaliknya berpesan kepada perempuan tua yang dia akan berjumpa dengan anak raja pada sebelah malam. Burung tiung menasihati Bibi Zainab agar tidak curang kepada suami kerana azab perempuan menduakan suami akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam selama seribu tahun. Burung tiung itu dihempas oleh Bibi Zainab lalu mati. Burung Bayan melengah-lengah Bibi Zainab daripada berjumpa dengan anak raja itu dengan bercerita tentang Hikayat Bayan. Bibi Zainab mendesak burung bayan agar bercerita dahulu sebelum dia berjumpa dengan anak raja itu. Setelah habis bercerita, bayan itu menyuruh Bibi Zainab berjumpa dengan anak raja itu. Tetapi malangnya hari sudah jadi siang. Padahari yang berikutnya ketika Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja itum burungBayan mula bercerita tentang Hikayat Taif. Bibi Zainab mendesak Burung Bayan agar terus berceritatentang hikayat tersebut. Setelah habis bercerita, Bayan menyuruh Bibi Zainab pergi berjumpa dengananak raja itu tetapi malangnya hari sudah siang. Begitulah juga pada hari-hari yang berikutnya, apabilaBibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa anak raja itu, burung Bayan mula bercerita tentang pelbagaihikayat. Kebijaksanaan burung Bayan berjaya menghalang Bibi Zainab bertemu dengan anak raja.Akhirnya Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya yang tiada di rumah pada ketika itu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM Library OPAC, Universiti Teknologi MARA |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Warisan Kisah Klasik Melayu |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 06:42 |
Download
Filename: book cover3.jpg
Description: Book Cover