Omar Din, Mohamed Anwar (2011) Asal usul orang Melayu : menulis semula sejarahnya (The Malay origin : rewrite its history) / Mohamed Anwar Omar Din. Jurnal Melayu, 7. pp. 1-82. ISSN 1675-7513

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Artikel ini merupakan satu usaha kerdil untuk merekonstruksi semula landasan penjelasan tentang asal-usul orang Melayu yang lebih serasi dengan realiti sebenar. Sumber-sumber penulisan artikel ini terdiri daripada sumber-sumber yang telah digunakan dalam tulisan-tulisan yang sudah terkenal mengenai topik ini tetapi dibuat penilaian semula terhadapnya. Walau bagaimanapun, asas penjelasan dalam artikel ini adalah sumber-sumber primer sejak era Masihi dan juga tulisan-tulisan klasik peribumi. Dihujahkan bahawa asal-usul orang Melayu tidak boleh diteluri berasaskan sumber-sumber yang digunakan dalam tulisan-tulisan yang sedia ada kerana kesemuanya bukti yang sah. Itu sebabnya tulisan-tulisan yang ada pada hari ini hanyalah spekulasi yang tidak masuk akal. Artikel ini mengusulkan bahawa pencarian asal-usul orang Melayu tidak boleh diteluri berasaskan bahasa purba (Austronesia dan Austroasia), bahan arkaeologi, bahan antropologi, rupa-fizikal, fosil dan genetik. Sebaliknya, dihujahkan bahawa pencarian asal-usul orang Melayu perlu diasaskan sumber sejarah. Ini kerana orang Melayu yang ada pada hari ini adalah suatu ‘bangsa jadian’ yang terbentuk sejak abad ke-18 hasil daripada pengembangan identiti yang asalnya hanya terbatas dalam kalangan kerabat pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Imagine communities itu terbentuk setelah berakhirnya zuriat Kesultanan tersebut. Pengembangan tersebut berkembang daripada dorongan dinamisme Islamisasi.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Budaya Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 06:48 |
Kata Kunci: | Penghijrah, peribumi, spekulasi, nenek moyang dan imagine communities |