Teo, Kok Seong (2005) Persepsi masyarakat Melayu Kelantan dalam bahasa dan budaya Cina peranakan Kelantan / Teo Kok Seong. In: Seminar Za'ba Mengenai Alam Melayu II, 22-24 Februari 2005, Hotel Prince and Residence, Kuala Lumpur.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Cina Peranakan Kelantan merupakan kumpulan minoriti dalam kumpulan etnik Cina Malaysia yang memperlihatkan tahap asimilasi yang tinggi terhadap warisan Melayu (luar bandar) Kelantan dan juga masyarakat Thai Kelantan. Bahasa dan budaya Cina Peranakan Kelantan memperlihatkan penggabungan elemen-elemen Cina-Melayu-Thai. _ Kertas kerja ini ingin membicarakan persepsi masyarakat Melayu Kelantan dalam kehidupan sosial kumpulan minoriti ini, khususnya dari aspek-aspek bahasa dan budaya. Persepsi masyarakat Melayu Kelantan akan ditinjau pandangan dan perlakuan yang antaranya merangkumi kognisi, perasaan dan sensasi, serta kecenderungan masyarakat Melayu (luar bandar) Kelantan. Persespi masyarakat Melayu Kelantan didapati banyak membentuk persepsi dan mempengaruhi cara kumpulan ini memahami dan menginterpresi dunia di sekeliling mereka selain membentuk perwatakan yang istimewa. Persepsi masyarakat Melayu Kelantan dalam kertas kerja ini akan juga dihubungkan dengan ketakatan (survival) kumpulan minoriti in. mengadaptasikan budaya Cina dalam persekitaran Melayu, khususnya dalam membentuk dan menonjolkan perlakuan moral yang tidak bercanggah dengan norma-norma dan nilai-nilai Melayu (luar bandar) Kelantan.
Metadata
Sumber Maklumat: | Universiti Pendidikan Sultan Idris |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Budaya Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 04:30 |
Kata Kunci: | Etnik Cina, Cina peranakan, masyarakat Melayu Kelantan, asal usul |