Wan Teh, Wan Hashim (1997) Tamadun silam dan pembinaan tamadun abad kedua puluh satu / Wan Hashim Wan Teh. Syarahan perdana (Universiti Kebangsaan Malaysia) ; 1997. . Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9789679423686
Wan Teh, Wan Hashim (1997) Tamadun silam dan pembinaan tamadun abad kedua puluh satu / Wan Hashim Wan Teh. Syarahan perdana (Universiti Kebangsaan Malaysia) ; 1997. . Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9789679423686
Wan Teh, Wan Hashim (1997) Tamadun silam dan pembinaan tamadun abad kedua puluh satu / Wan Hashim Wan Teh. Syarahan perdana (Universiti Kebangsaan Malaysia) ; 1997. . Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9789679423686
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Beberapa pengkaji dan penulis meramalkan dengan penuh yakin bahawa paksi pertumbuhan ekonomi dunia sedang berubah dari kawasan Amerika-Eropah ke kawasan Pasifik di timur, yang merangkumi seluruh kawasan Dunia Melayu. Malaysia, sebagai sebuah negara yang berada di tengah-tengah fenomena ini, bukan sahaja akan mengalami pertumbuhan yang pesat tetapi juga akan menerima kesan sampingan yang akan mempengaruhi proses perkembangan tamadunya yang sedang dibina semula.Syarahan ini mengandaikan bahawa proses pembinaan kembali tamadun Melayu dan Malaysia boleh dilakukan secara terancang supaya matlamat dan wawasan yang ingin dicapai berhasil serta menepati sasarannya. Dengan itu, dalam syarahan ini dibentangkan dulu pandangan beberapa orang pemikir dan ahli sains sosial, seperti Ibn Khaldun (1332-1406), Arnold Toynbee (1889-1979), Malik Bennabi (1905-73), Karl Marx (1818-83), Max Weber (1894-1920), Emile Durkheim (1858-1917) dan Ali Shariati (1937-77), yang pernah membincang secara teliti persoalan tentang bangun dan jatuhnya tamadun berdasarkan pengalaman di Eropah dan Dunia Islam yang pernah mereka kaji. Kita merumuskan bahawa pandangan mereka ini terangkum di bawah teori kitaran dan tertumpu kepada faktor dalaman semata-mata yang membawa kepada kejatuhan sesebuah tamadun. Hal ini berbeza dengan pengalaman beberapa tamadun di Alam Melayu yang hampir semuanya mengalami kejatuhan akibat serangan dari luar, walaupun tidak dinafikan terdapatnya kelemahan dalaman sebagai faktor pembantu. Seterusnya dibincangkan empat dimensi kehidupan, iaitu agama, bahasa, sastera dan kesenian yang kita anggap sebagai teras kepada nilai budaya dan tamadun Melayu yang mampu bertahan walaupun Alam Melayu berada di bawah cengkaman penjajahan lebih empat ratus tahun. Semua unsur teras ini perlu diperkukuh serta dipertingkat perkembangannya bagi membina benteng yang teguh untuk menahan diri daripada cabaran globalisasi dan neo-imperialisme yang bentuknya berbeza daripada masa lalu. Akhirnya, kita mengemukakan kerangka model unggul dan ciri asas masyarakat madani yang perlu dibina mengikut acuan kita sendiri dengan membuat ramalan bahawa rumpun Melayu mungkin diterima sebagai pemimpin Dunia Islam pada abad ke-21 nanti. Malah, gabungan antara negara Islam di Timur Tengah dengan negara Islam di Alam Melayu mampu mewujudkan suatu pakatan bagi melahirkan sebuah kuasa besar alternatif untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Soviet Union. Kuasa besar Dunia Islam ini bertujuan mewujudkan keadilan dan kedamaian kepada seluruh warga dunia dan bukannya untuk menimbulkan `pertelagahan tamadun' dengan kuasa Barat.
Metadata
Sumber Maklumat: | Pendeta Discovery University of Malaya |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 06:37 |
Kata Kunci: | Tamadun Melayu, Globalisasi, Pemimpin Dunia Islam, Melayu |
Download
Filename: B_WAN HASHIM WAN TEH 1997.pdf