Ishak, Saat (2013) Legasi Ketuanan Melayu Perak / Saat Ishak. In: Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis, 5-6 Jun 2013, Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur..

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Negeri Perak Darul Ridzuan, merupakan antara kerajaan awal yang pernah wujud di Tanah Melayu. Namun terlalu kurang penulisan yang memaparkan kisah sejarah negeri Perak. Sumber terawal yang mengisahkan tentang sejarah negeri Perak ini ialah berbentuk sumber sastera sejarah. Sumber sastera sejarah yang utama itu ialah Misa Melayu. Sememangnya amat sukar mencari bukti catatan sejarah dalam masyarakat Melayu tradisi kerana tradisi menulis tidak dibudayakan waktu tersebut. Paling jelas sumber utama dalam masyarakat Melayu ialah tradisi lisan kerana ia merupakan warisan orang Melayu. Namun sekitar abad ke-18 sahaja, baru tradisi penulisan ini muncul. Di Tanah Melayu, Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai merupakan karya sastera sejarah terawal dijumpai. Dengan merujuk kepada sumber sastera sejarah maka kertas kerja ini ingin melakarkan legasi sejarah Ketuanan Melayu Perak. Bermula dari kemunculan kerajaan awal, sehingga terbentuknya Kesultanan Melayu Perak yang diwarisi hari ini. Malah dalam kertas kerja ini juga ingin menyingkap peranan yang dimainkan oleh kepimpinan politik Melayu Perak yang menjalinkan kerja sama dengan kuasa-kuasa luar dalam usaha mengekalkan legasi Ketuanan Melayu Perak
Metadata
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Sembilan Sultan dan Raja-Raja Melayu > Perak |
---|---|
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 04:19 |
Kata Kunci: | Ketuanan Melayu, Perak, Kesultanan Melayu, Sejarah |