Ahmed, Ismail and Kechot, Ab Samad (2015) Lagu melayu asli :unsur sinkretisme dalam instrumentasi persembahan / Ismail Ahmed, Ab Samad Kechot. Jurnal Melayu, 14 (2). ISSN 1675 7513

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Lagu Melayu asli melambangkan identiti persembahan muzik Melayu. Namun instrumen tradisi Melayu yang digabung dengan instrumen dari luar secara langsung membawa perubahan kepada lagu Melayu asli. Penggunaan instrumen tradisi antaranya seperti gong dan rebana dan gabungan gitar tong, akodian, biola, dikatakan mempunyai kaitan langsung dengan unsur sinkretisme dalam persembahan lagu Melayu asli. Kajian ini menumpukan sejauh mana pengaruh dan unsur sinkretisme dalam penggunaan instrumentasi mengubah keaslian persembahan lagu Melayu asli. Metodologi kajian ini menumpukan kepada data sekunder yang merangkumi bahan-bahan perpustakaan dan analisis data primer melalui rakaman lagu daripada penerbitan sebuah Album Lagu Melayu Asli: Penerbitan Inovasi Karya Seni dan Kelestarian Warisan (2014) oleh Pusat Kebudayaan, USIM. Selain itu, kaedah kualitatif seperti kajian lapangan bagi mengumpul maklumat tambahan bersama informan utama seperti R. Ismail, Aspalela Abdullah, Raftah Bachik, S. Atan dan Pak Ngah turut dijalankan. Hasil dapatan penulisan ini mendapati unsur muzik sinkretik memang wujud dan melingkari ruang persembahan dan penggunaan instrumentasi dalam lagu Melayu asli terutamanya pengaruh Barat, India dan Arab. Implikasi kajian ini berupaya membantu generasi baru khususnya pencipta lagu yang mahu mengenali lebih dekat berkaitan penggunaan instrumentasi dan ciri-ciri yang membentuk unsur sinkretisme dalam persembahan lagu Melayu asli di Malaysia selain dapat menjadi rujukan dalam bidang seni tradisi pada masa hadapan.
Metadata
Sumber Maklumat: | Institutional Repository UKM |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian > Muzik > Jenis Muzik |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 07:20 |
Kata Kunci: | Lagu melayu asli |
Download
Filename: 11451-31081-2-PB (1).pdf