Abdul Razak, Zurakintan and Salleh, Che Ibrahim (2015) Pemikiran Melayu tentang ilmu dan adab dalam puisi Melayu tradisional = Malay thought on knowledge and propriety in traditional Malay literature / Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (IMAN), 3 (2). pp. 121-129. ISSN 2289-1706

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Artikel ini membincangkan konsep pemikiran Melayu yang bersangkutan dengan ilmu dan adab yang secara tersiratnya dikupas melalui puisi Melayu tradisional, iaitu pantun, peribahasa dan syair. Perbahasan tentang aspek pemikiran ini sebenarnya telah bermula sejak zaman Plato dan Aristotle lagi yang berjaya menyingkap pelbagai rahsia yang berkait rapat dengan kehidupan manusia, haiwan, dan seluruh isi alam ini. Pemikiran Melayu berasaskan puisi Melayu tradisional ini merupakan keseluruhan pandangan atau fikiran seseorang individu yang merangkumi segala aspek pengetahuan, pemerhatian atau pendirian yang menjadi dasar keilmuan atau pegangan. Dalam pengkajian karya sastera khususnya puisi, pemikiran merangkumi aspek-aspek persoalan atau mesej pengajaran yang cuba disampaikan secara tersurat dan tersirat melalui karya untuk dijadikan panduan atau teladan dan pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan individu atau masyarakat dalam sesebuah negara. Selain itu, pemikiran ialah sesuatu yang terbuku di fikiran dan cuba diluahkan dengan menggunakan wahana yang tertentu. Dalam konteks penulisan ini, wahana yang digunakan ialah puisi Melayu tradisional yang diharapkan agar terus dapat menjadi wadah ke arah pembentukan pemikiran yang kritis dan kreatif, cendekia, dan seiringan dengan aliran pemikiran Islam yang bersandarkan wahyu dari Allah SWT untuk menjadi petunjuk kepada manusia di bumi ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (IMAN), UKM |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran > Klasik Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Warisan Melayu > Kesusasteraan > Puisi |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 03:51 |
Kata Kunci: | Pemikiran Melayu, ilmu, adab, puisi Melayu tradisional |
Download
Filename: A_ZURAKINTAN 2015.pdf