Mohamed, Alias (2014) Memperkasakan Ekonomi Melayu. Manual. Utusan Melayu (M) Bhd.
Mohamed, Alias (2014) Memperkasakan Ekonomi Melayu. Manual. Utusan Melayu (M) Bhd.
Mohamed, Alias (2014) Memperkasakan Ekonomi Melayu. Manual. Utusan Melayu (M) Bhd.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
DALAM masyarakat kita ada satu kecenderungan buruk bersabit perniagaan - sikap bunuh saja perniagaan Melayu yang berjaya, walaupun para pembunuhnya juga tidak akan berjaya dan menjadi kaya-raya. Seperti kata Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Abdul Hamid, kecenderungan orang Melayu dengki-mendengki sukar diubati. Dalam konteks memperkasakan ekonomi bumiputera, perincian seharusnya disasarkan kepada pembangunan secara menyeluruh. Hakikatnya, ekonomi Melayu belum berkembang secara meluas. Tahap ekuiti yang dicapai oleh orang Melayu masih di bawah 20 peratus, sedangkan pencapaian ekonomi bukan Melayu sudah lebih dua kali ganda daripada ekonomi bumiputera dalam tempoh 57 tahun merdeka. Tidak ada asas untuk sesiapa mencemburui kejayaan bangsa sendiri. Jika diukur dengan tanda aras yang lama (semasa kemerdekaan) lonjakan ekonomi Melayu kini tidak boleh dikatakan memberansangkan langsung. Orang Melayu masih merangkak. Salah satu sebab kita terlalu berhati-hati dan kurang radikal kerana bimbang untuk menyamai, apatah lagi melintasi, bukan Melayu. Malah kita begitu mengeri dan takut apabila ditegur oleh bukan Melayu, seolah-olah kita berdosa besar memperkasakan ekonomi Melayu. Dasar-dasar ekonomi Melayu tidak khilaf. Namun yang pincang adalah proses memantau, proses pelaksanaan dan kelajuannya. Ertinya dasar tinggal kekal sebagai dasar. Kita sentiasa ingin mengambil kira tempo kemajuan bukan Melayu tetapi tidak ke mana kita menggelarkan mereka sebagai �pembina monumen ekonomi negara". Sedangkan orang Melayu kekal second fiddle selama-lamanya.
Metadata
Koleksi: | ?? Manuskrip ?? |
---|---|
Sumber Maklumat: | Utusan Online |
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Dasar Ekonomi |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 19 Jul 2016 08:25 |